ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 19. Penjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan secara tetap dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam manamana hal atau golongan hal tertentu diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertuan Agong, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.