ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 105. Soalan-soalan yang bertujuan untuk memberi aib atau kegusaran.
Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang difikirkannya sebagai dimaksudkan untuk memberi aib atau kegusaran atau apa-apa soalan yang difikirkannya terlampau bercorak menyakitkan hati walaupun soalan itu adalah sendirinya soalan yang patut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.