ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANGKUASA



Seksyen 49. Penyampaian di negeri lain dalam Malaysia.

(1) Mana-mana surat perintahan untuk disampaikan di dalam negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Kadi Besar, Kadi, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah di mana orang yang hendak disampaikan surat perintahan itu berada atau menjalankan perniagaannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.