ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 (Enakmen No. 6 Tahun 1991) terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.