ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - DARIHAL PERPINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 180. Kuasa Kadi Besar dipindahkan kes-kes.
Apabila nyata kepada Kadi Besar-
(a) bahawa pembicaraan yang adil dan tidak berat sebelah tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Kadi; atau
(b) bahawa ada kemungkinan beberapa soalan undang-undang yang amat sukar keadaannya akan berbangkit; atau
(c) bahawa penziarahan tempat di dalam atau berhampiran dengannya kesalahan telah dilakukan adalah diperlukan untuk membuat suatu pembicaraan yang memuaskan; atau
(d) bahawa arahan di bawah seksyen ini akan membawa kesenangan secara am kepada pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e) bahawa setiap arahan itu berpadanan dengan dasar keadilan, atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan di dalam Enakmen ini,
dia boleh mengarahkan-
(i) bahawa sesuatu kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapannya sendiri; atau
(ii) bahawa seseorang yang telah terlibat untuk sesuatu pembicaraan di suatu tempat di bicarakan di tempat lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.