ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 54. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah diturunkan dalam tulisan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pemberi maklumat itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dicatitkan dalam Borang 5 dalam Jadual 1 untuk disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah mencatit dalam catatan itu tarikh dan waktu di mana maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau diturunkan dalam tulisan seperti tersebut di atas.

(3) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.