ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG
Kira-kira



Seksyen 119. Bank-bank.


(1) Majlis hendaklah melantik bank-bank yang diiktirafkan oleh Kerajaan Negeri dan boleh membuka kira-kira wang yang difikirkan patut.

(2) Bayaran-bayaran oleh Majlis lebih daripada lima puluh ringgit hendaklah diperbuat dengan cek dan segala wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dimasukkan ke dalam satu kira-kira wang bank Majlis mengikut cara-cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan Kewangan Kerajaan.

(3) Cek-cek untuk mengeluarkan wang dari mana-mana kira-kira wang bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Yang di-Pertua atau seorang Ahli Majlis yang telah diberi kuasa oleh Yang di-Pertua bagi pihaknya dan Setiausaha Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.