ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 15. Hamil luar nikah.

(1) Mana-mana orang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak di luar nikah tidak termasuk persetubuhan syubhah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat kurang daripada enam bulan hijrah selepas dia berkahwin tidak termasuk persetubuhan syubhah boleh disifatkan sebagai melahirkan anak di luar nikah.

(3) Beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi dengan cara syubhah atau sebagainya atau berkahwin atau anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak adalah terletak di atas perempuan itu.

(4) Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 tidak boleh dipakai bagi maksud seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.