ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 18. Kuasa meminta rekod.

Bagi maksud menentukan sama ada benar, sah atau betulnya mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dibuat oleh Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi yang dirayukan itu sama ada dalam kes jenayah atau sivil, atau sama ada betulnya mana-mana perbicaraan Mahkamah itu, Pengerusi Jawatankuasa Ulang Bicara boleh meminta mana-mana rekod Mahkamah berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.