ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 114. Cara merekodkan keterangan

(1) Keterangan yang dicatatkan di bawah seksyen 113 tidak boleh pada lazimnya dicatatkan dalam bentuk soalan dan jawapan,
tetapi dalam bentuk cerita.

(2) Hakim yang menjalankan perbicaraan boleh, menurut budi bicaranya, mencatatkan apa-apa soalan dan jawapan tertentu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.