ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 68. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah

Tertakluk kepada seksyen 64, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat mana-mana perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.