ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN XII - PINDAAN
Seksyen 82. Prosiding cacat.
Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas kehendaknya atau atas permohonan mana-mana pihak, dan mengikut syarat yang tertentu, memerintah-
(a)
pindaan mana-mana kecacatan atau kesilapan dalam mana-mana prosiding;
(b)
apa-apa pindaan yang perlu untuk menentukan perkara yang dipertikaikan atau untuk mencapai keadilan di antara pihak-pihak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.