ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PELUPUSAN MELALUI PERWASIATAN



Seksyen 26. Wasiat kepada waris dan bukan waris.

(1) Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat apa-apa persetujuan waris-warisnya.

(2) Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.

(3) Sesuatu wasiat yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya akan terlaksana setakat harta pusaka yang berbaki selepas dijelaskan segala hutangnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.