ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN II - PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR



Seksyen 4. Tugas Pendaftar.


(1) Pendaftar adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran, pengawalan dan penyeliaan sekolah-sekolah.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Pendaftar hendaklah menyenggarakan atau menyebab disenggarakan suatu daftar sekolah-sekolah dan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

(3) Adalah menjadi tugas Pendaftar untuk mengambil segala langkah dan melakukan segala perkara yang difikirkan sesuai, suaimanfaat atau perlu untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan bagi maksud peruntukan ini Pendaftar boleh memberi apa-apa arahan atau garis panduan kepada Jemaah, Pengetua atau Guru Besar.

(4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki mana-mana Jemaah, Pengetua atau Guru Besar memberi kepadanya segala maklumat, penyata, laporan, dokumen, atau apa-apa jua yang berkaitan dengannya dan orang yang diarahkan berbuat demikian hendaklah mematuhinya mengikut cara dan dalam masa ditentukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.