ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 51. Bersekedudukan.

(1) Sesiapa yang melakukan perbuatan bersekedudukan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Tidak menjadi kesalahan di bawah subseksyen (1) bagi lelaki dan perempuan tinggal atau duduk bersama jika dibenarkan Hukum Syara' dalam hal keadaan yang khusus atau terdesak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.