ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - INTERPLIDER



Seksyen 57. Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan

(1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.

(2) Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.

(3) Jika—

maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.

(4) Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.