ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 48. Penyampaian ganti

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak dapat disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara menampalkan suatu salinannya di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan terakhir diketahui tinggal, atau mengikut apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat melalui iklan dalam mana-mana akhbar atau akhbar-akhbar tempatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian ke diri.

(4) Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah, jika perlu, menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu hadir di Mahkamah.

(5) Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan—

(6) Apa-apa permohonan bagi perintah di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang menjadi asas permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.