ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguat kuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguat kuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaanpegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.