ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - DARIHAL SALAH ATURAN DALAM PEMBICARAAN



Seksyen 185. Salah aturan tidak merosakkan pembicaraan.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Bab ini, tiada keputusan, hukuman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh Mahkamah yang layak bidangkuasanya akan dibatalkan atau dipinda atas alasan-
kecuali jika mana-mana kesilapan, ketinggalan, kesalahan penerimaan atau penolakan keterangan, ketiadaan kebenaran atau salah arahan telah menimbulkan ketidadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.