ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 215. Harta lain.

(1) Semua barang-barang perhiasan, sekuriti dan harta alih (selain daripada wang dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehedaki bagi maksud perbicaraan) yang diperintah untuk disimpan di dalam Mahkamah hendaklah disimpan di Perbendaharaan Negeri.

(2) Tertakluk kepada seksyen 214, harta yang dideposit dan tidak dituntut selepas sepuluh tahun hendaklah menjadi sebagai harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.