ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
SURATAN-SURATAN AWAM
Seksyen 61. Bukti suratan-suratan rasmi.
(1) Suratan awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut :
(
a
) tindakan-tindakan, perintah-perintah atau pemberitahuan-pemberitahuan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri dalam mana-mana jabatannya-
(i) dengan jalan rekod-rekod bagi jabatan-jabatan itu, yang diperakui oleh ketua-ketua bagi jabatan-jabatan itu masing-masing;
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Malaysia dan oleh Ketua Menteri, Menteri sesebuah Negeri (jika ada), Setiausaha Kerajaan atau Setiausaha Tetap kepada Ketua Menteri sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan jalan mana-mana suratan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan itu;
(
b
) perjalanan mesyuarat-mesyuarat Parlimen, atau mana-mana Dewan-dewan Persekutuan yang wujud di Malaysia sebelum Parlimen diwujudkan atau Dewan-dewan Negeri di mana-mana Negeri-
Dengan jalan minit mesyuarat badan itu atau dengan jalan Akta-akta Parlimen, Ordinan-ordinan, Enakmen-enakmen atau ringkasan-ringkasan yang diterbitkan atau dengan jalan salinan-salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(
c
)
perjalanan mesyuarat sesuatu badan perbandaran atau lain-lain penguatkuasa tempatan di Malaysia-
Dengan suatu salinan minit mesyuaratnya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, atau dengan jalan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan yang tersebut itu;
(
d
)
tindakan pemerintah atau perjalanan mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing-
Dengan jalan
Warta
yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian itu, atau dengan jalan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi meteri negara itu atau meteri Rajanya atau dengan jalan sesuatu pengiktirafan atasnya dalam sesuatu Ordinan atau Akta Awam Malaysia;
(
e
)
suratan-suratan awam dari mana-mana jenis lain di dalam sesebuah negara asing-
Dengan jalan naskah asalnya atau dengan jalan suatu salinannya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang mengandungi meteri seseorang pegawai bahagian konsul Malaysia yang menyatakan bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis suratan itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.