ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 143. Wakaf dan nazar.

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh kepada perkara itu, maka hendaklah Majlis menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, dan semua nazar am, dan semua amanah dari serba jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara' dan yang terletak di dalam Negeri ini atau, jika orang yang membuat penyelesaian harta itu atau lain-lain orang yang mewujudkan amanah, wakaf, atau nazar am itu berdomisil di Negeri ini, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu terletak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.