ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 102. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak belum dewasa yang dilantik oleh Mahkamah boleh membuat peruntukan yang berpatutan daripada pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pendidikan kanak-kanak belum dewasa itu memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak belum dewasa itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang melebihi tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika pendapatan daripada harta kanak-kanak belum dewasa itu yang ada dalam tangan penjaga tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak belum dewasa itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak belum dewasa itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan mana-mana bahagian daripada harta kanak-kanak belum dewasa itu dijual, digadaikan atau digadai janji dan boleh memberi apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang perIu bagi kepentingan kanak-kanak belum dewasa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.