ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 83. Syarat sah memeluk Agama Islam.
(1) Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi bagi sahnya seseorang yang memeluk Agama Islam-
---
(a)
orang itu hendaklah mengucapkan dua Kalimah Syahadah dalam Bahasa Arab yang dapat difahami dengan sepatutnya;
(b)
pada masa mengucap dua Kalimah Syahadah itu, orang itu sedar bahawa ia bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah"; dan
(c)
pengucapan itu mesti dibuat dengan kerelaan hati orang itu.
(2) Seseorang yang tiada boleh bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan
(a)
subseksyen (1), mengucapkan dua Kalimah Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang terkandung dalam perenggan
(b)
subseksyen itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.