ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN
Seksyen 73. Jawatankuasa Qaryah.
(1) Masjid boleh menubuhkan Jawatankuasa Qaryah bagi tiap-tiap Qaryah masjid di dalam Negeri ini.
(2) Jawatankuasa Qaryah, bersama-sama dengan pegawai masjid hendaklah-
(a)
bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam Qaryahnya;
(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak Qaryah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam; dan
(c)
memberi maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam Qaryah itu yang menghendaki perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.