ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT



Seksyen 48. Pendapatan daripada wakaf dan nazr.

(1) Pendapatan daripada sesuatu wakaf khas, jika diterima oleh Majlis, hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf lain dan tiap-tiap nazr am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.