ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991


JADUAL PERTAMA

BORANG A

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

[Seksyen 22 (5))]

DI DALAM MAHKAMAH ......................................................... DI ....................................

WARAN TAHANAN

Bilangan .....................................................


Kepada,

Penguasa Penjara/Ketua Balai Polis

............................................

Kepada,

Penguasa Penjara/Ketua Balai Polis

............................................

Kes Jenayah Bilangan ...................................................................... Tahun .......................................

BAHAWA ........................................................................................

(yang dituduh) pada hari itu telah dibawa ke hadapan Mahkamah Tentera kerana dituduh melakukan kesalahan ........................

.................................................................. dan adalah mustahak supaya yang dituduh itu ditahan, maka dengan ini tuan adalah diberi kuasa dan diminta supaya menerima yang dituduh itu untuk ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara/kurungan Polis sehingga ............................................... haribulan ...................................... 19................ dan hendaklah membawanya ke hadapan Mahkamah yang tersebut pada jam .................................................. pada ................................... hari tersebut kecuali sementara itu tuan diperintah sebaliknya.

Ditandatangani oleh saya dengan Meteri Mahkamah pada .................................. haribulan ............................ 19 ..................

(METERI)


...........................................................

Tandatangan Kadi

BORANG B

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 23)

WARAN TAHANAN

Bilangan ................................


Kepada Ketua Polis Balai ................................................

Bahawa ............................................. pada hari itu telah ditangkap menurut undang-undang kerana melakukan kesalahan ........................................................... dan dia adalah mustahak ditahan. Dengan ini tuan adalah diberi kuasa dan diminta menerima orang yang namanya tersebut di atas untuk diletakkan di bawah jagaan tuan serta dimasukkan ke dalam kurungan sehingga ............................................................................ bila mana tuan hendaklah menyerahkannya kepada seorang Pegawai Mahkamah Syariah supaya orang yang ditahan itu dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah ......................................... kecuali sementara itu tuan diperintah sebaliknya

Bertarikh pada .............................................. haribulan ..................... 19 ................

.....................................................

Tandatangan Kadi

BORANG C

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 28(1))

SAMAN KEPADA ORANG YANG DITUDUH


Kepada ..............................................................

Bahawasanya kamu diperintah hadir untuk menjawab pertuduhan ........................................................................

dan dengan ini kamu dikehendaki hadir sendiri pada ............................................ haribulan ......................................

Jam .............................. pagi (atau oleh peguam) di hadapan Mahkamah Kadi ....................................................

Bertarikh pada .............................................. haribulan ........................................ 19 ...............................

..........................................

Tandatangan Kadi

BORANG D

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 31(1))

WARAN TANGKAP


Kepada,

.......................................................

......................................................

Bahawa .................................................telah dituduh melakukan kesalahan ............................ maka tuan dengan ini diarah menangkap

.......................................................... yang tersebut dan membawanya ke hadapan Mahkamah Kadi ................................................

pada .......................................................

Bertarikh pada ...................................... haribulan ................................... 19..............

............................................

Tandatangan Kadi


Waran ini bolehlah diendorskan seperti di bawah ini:

Jika ........................................................ yang tersebut membayar jaminan sendiri sebanyak ................................................. ringgit

(atau dua orang penjamin tiap-tiap seorang sebanyak ............................................... ringgit) dan terus hadir sehingga diarahkan sebaliknya oleh saya, bolehlah ianya dilepaskan.

Bertarikh pada ........................................... haribulan .................................. 19 ..............

...............................................

Tandatangan Kadi

BORANG E

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 46(1))

WARAN GELEDAH


Kepada,

.................................................................

................................................................

Bahawasanya maklumat bertulis telah diberi kepada saya bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen ................................. Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak 1991 telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan.

Maka dengan ini tuan adalah diberi kuasa dan diminta dalam tempoh tidak lebih daripada 7 hari daripada tarikh waran ini untuk memasuki rumah (tempat atau bangunan) itu ........................................................... dengan apa-apa pertolongan yang diperlukan; dan untuk menggeledah tiap-tiap bahagian daripada rumah (tempat atau bangunan) itu untuk menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan yang tersebut di atas dan seterusnya membawa mereka ke hadapan saya atau Mahkamah.

Ditandatangani oleh saya dan Meteri Mahkamah pada ..................................................... haribulan ...................... 19 ................

...........................................................

Tandatangan Kadi

BORANG F

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 53(2))

MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH


Nombor .....................................

Haribulan ................................................... jam ................................... pagi/petang

Nama .............................................................

No. Kad Pengenalan ............................................... Umur ..........................

Pekerjaan ....................................................

Alamat ......................................................................................................

Bahawa saya memberi maklumat seperti berikut--

.............................................................

Tandatangan Pemberi Maklumat


Maklumat tersebut di atas telah diberi secara bertulis/lisan dan ditulis oleh pegawai yang bertandatangan di bawah ini serta dibaca balik kepada pemberi maklumat.


.................................................................

Tandatangan Pegawai Penguatkuasa

Syariah


Bertarikh pada ........................................ haribulan ............................ 19 .............


BORANG G

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 54(1))

MAKLUMAT KEPADA KADI


Nombor ......................................................

Haribulan ................................................ jam .............................. pagi/petang

Nama ..............................................................

No. Kad Pengenalan ............................................... Umur ........................

Pekerjaan ...........................................

Alamat .......................................................


Saya mengaku dan berikrar bahawa maklumat di atas adalah benar tiada yang lain melainkan benar belaka.


..............................................................

Tandatangan Pemberi Maklumat


Di hadapan saya,

.............................................................................

Tandatangan dan Meteri Kadi

Bertarikh pada ................................................. haribulan ................................. 19...............


BORANG H

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 65(1))

LAPORAN PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH


Kepada Pendakwa,

1. Pada jam ...................................... haribulan ............................. 19 ............... saya terima maklumat melalui ..................................... daripada ................................................ bahawa .................................... telah berlaku di ....................................... dan .............................. orang yang berkenaan atau disyakki dalam kes tersebut, dan jumlah wang terlibat dalam laporan itu adalah sebanyak $ .................

2. Saya telah meneruskan tindakan sebagaimana laporan selanjutnya dalam buku harian penyiasatan.

3. Saya mendapati fakta-fakta berikut .................................................................

4. Saya telah memeriksa saksi-saksi berkenaan yang mana pernyataannya dikembarkan bersama-sama laporan ini. Orang yang bertanda "B" ialah yang mengambil bon untuk hadir dalam Mahkamah.

5. Dokumen berkenaan yang dilampirkan bersama-sama laporan ini adalah tambahan kepada pernyataan daripada saksi-saksi. Bil Buku Harian Penyiasatan ............................................

6. Pada fikiran saya kesalahan ....................................................... telah dilakukan dan orang-orang yang terlibat dalam kes tersebut ialah ................................................................

7. Saya ada sebab untuk mempercayai bahawa orang-orang yang berkenaan ini walaupun yang dituduh belum lagi ditangkap boleh menolong penyiasatan ini tetapi saya tidak dapat memeriksa mereka-mereka tersebut kerana sebab-sebab berikut ................................................................................

8. Barang-barang yang dinyatakan di bawah yang telah didapati atau diperolehi adalah exhibit-exhibitnya.

Bertarikh pada ............................................... haribulan...................................... 19 .....................


.................................................................................

Tandatangan Pegawai Penguatkuasa Syariah

BORANG J

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 73(1))

SUMPAH


"Wallahi, dengan nama Allah, sesungguhnya saya ...................................................................

(sebut nama) bersumpah saya akan bercakap benar tiada apa-apa yang tidak benar melainkan yang benar belaka dan saya naik saksi bahawa ..........................................................................


BORANG K

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 97(1))

PERTUDUHAN


1. Bahawa kamu pada .................................................... haribulan ......................................... 19 .............................. jam lebih kurang ................................ pagi/petang di .................................................. telah membeli minuman yang memabukkan, iaitu ............................. dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ................................. Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

2. Bahawa kamu pada ........................................ haribulan ...................................... 19 ..................... jam lebih kurang ................................ pagi/petang di ........................................................ membuat ..................................... istiadat yang berlawanan dengan Hukum Syarak dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ...................................... Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991.

3. Bahawa kamu pada ............................................... haribulan .............................................. 19 ........................... jam lebih kurang ................................................. pagi/petang di .................................................... telah mengakadnikahkan ............................................... dengan ............................................. manakala tidak diberi kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam, 1991 dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ...................................... Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam 1991.

4. Bahawa kamu pada ................................................... haribulan .................................. 19 ............................ jam lebih kurang .................................................. pagi/petang di ......................................... dengan sengaja menganiaya isteri kamu dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ......................................... Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam 1991.


BORANG L

NEGERI PERLIS

ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

(Seksyen 98 (k) (i))

IKRAR


"Bahawa saya .......................................................................................

(sebut nama) dengan sesungguhnya dan dengan suci hati mengaku keterangan yang hendak saya berikan di dalam perkara ini adalah benar dan tiada apa-apa yang tidak benar melainkan benar belaka."




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.