ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 176. Prosedur merampas bon.

Apabila-
bahawa bon tersebut boleh dirampas maka Mahkamah hendaklah merekodkan alasan pembuktian tersebut dan boleh memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon tersebut untuk membayar penalti itu atau menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

(2) Sekiranya penalti tersebut tidak dibayar, dan tidak boleh diperolehi oleh penahanan dan penjualan tersebut, orang yang terikat akan dikenakan tanggungan di penjara sivil untuk tempoh tidak melebihi enam bulan.

(3) Mahkamah boleh, di atas budibicaranya, mengurangkan mana-mana bahagian penalti yang telah disebutkan dan menguatkuasakan pembayaran sebahagian sahaja.

(4) Tiada apapun di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang penalti, atau mana-mana bahagian tersebut atas mana-mana bon di bawah Enakmen ini dari diperolehi di bawah peruntukan undang-undang bersangkutan dengan prosedur sivil yang berkuatkuasa pada masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.