ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 53. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.

(2) Apabila sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan daripada mana-mana pihak memberi kebenaran untuk membuat keputusan mengenai apa-apa persolan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.

(3) Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya itu dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah sepatutnya membuat, sebagaimana yang difikirkannya adil bagi menyelesaikan rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.