ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Saman



Seksyen 27. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah secara bertulis di dalam Borang 2 dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan orang yang dituduh dan di bawah peruntukan undang-undang yang mana dia boleh dihukum.

(3) Saman tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman boleh jika ia fikirkan patut mengarahkan ianya disampaikan oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.