ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Seksyen 7. Kewajipan Majlis mengenai kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Islam.
(1) Hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menganjur, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat Islam dalam Negeri ini menurut Hukum Syarak.
(2) Jamaah Ulama' hendaklah menjadi badan untuk menasihatkan Majlis tentang pelaksanaan kewajipannya di bawah subseksyen (1) untuk menjamin supaya kegiatan-kegiatan yang dijalankan dalam pelaksanaan itu tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh Agama Islam.
(3) Bagi maksud melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah subseksyen (1), Majlis berkuasa -
(
a
) untuk menjalankan segala kegiatan yang tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh Agama Islam, khususnya memajukan enterprais, perdagangan dan perindustrian, yang ternyata kepada Majlis bahawa menjalankannya adalah perlu, berfaedah atau menyenangkan bagi atau berhubungan dengan perlaksanaan tugasnya yang tersebut itu termasuklah membuat, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran-keluaran;
(
b
) untuk menganjurkan perjalanan apa-apa kegiatan yang sedemikian itu oleh badan-badan atau orang-orang lain dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau memperkembangkan atau menganjurkan penubuhan atau perkembangan badan-badan lain untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian itu sama ada di bawah kawalan Majlis sepenuhnya atau separa atau secara bebas, dan untuk memberi bantuan kepada badan-badan yang sedemikian itu atau orang-orang lain yang ternyata kepada Majlis mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian itu, termasuklah bantuan kewangan dengan mengambil modal saham atau pinjaman atau dengan memberi pinjaman atau selainnya;
(
c
) untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian itu bersekutu dengan badan-badan dan orang-orang lain, termasuklah jabatan-jabatan atau pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri;
(
d
) untuk membeli, mengunderait, atau memperolehi secara lain apa-apa stok atau saham dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian dan untuk melupuskan stok dan saham di atas terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
(
e
) untuk menubuh dan menyenggarakan institusi-institusi latihan dan penyelidikan; dan
(
f
) untuk melakukan segala perbuatan yang Majlis fikirkan perlu atau bermanfaat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.