ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 55. Menghina agama Islam.

(1) Sesiapa dengan cara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai agama, guru agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini atau undang-undang lain adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan mengikut subseksyen (1) dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman sama seperti hukuman yang dikenakan dalam subseksyen tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.