ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 10. Orang Awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana juga orang lain melakukan sebarang kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau mana-mana undang-undang bertulis Hukum Syarak atau dalam Syarak yang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri Perlis hendaklah, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah yang mana beban membuktikannya itu adalah tertanggung padanya, dengan segera memberitahu maklumat itu kepada Pegawai Penguatkuasa Syariah, pegawai masjid, pegawai polis, atau penghulu yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau yang mungkin berlaku itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.