ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 23. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyediakan minit bagi semua mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah, melainkan Majlis memutuskan sebaliknya, disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam mana-mana hal tertentu, minit hendaklah ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara-perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan minit hendaklah dipersembahkan untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Setelah diperkenan salinan minit hendaklah dihantar kepada semua ahli Majlis.

(4) Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan seberapa kerap hingga tidak lebih daripada tiga bulan berselang antara satu mesyuarat dengan yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.