ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 43. Pertukaran agama

(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak dalam mana-mana perkahwinan telah memeluk agama Islam dan dengan itu perkahwinannya terbatal mengikut Hukum Syara', maka pembatalan perkahwinan itu hendaklah disahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.