ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 3. Kecualian prerogatif.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Terengganu sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.