ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 167. Menyalahgunakan ayat-ayat Quran dan Hadis.


Sesiapa menggunakan sesuatu ayat Quran atau Hadis atau perkataan-perkataan yang dipandang suci oleh orang-orang Islam di tempat-tempat hiburan awam atau di tempat-tempat dan dalam keadaan-keadaan yang tidak sepatutnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.