ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah secara bertulis di dalam Borang 2 dalam Jadual 1 dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan orang yang dituduh dan di bawah peruntukan undang-undang yang mana dia boleh dihukum.

(3) Saman tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman boleh jika ia fikirkan patut mengarahkan ianya disampaikan oleh mana-mana orang lain.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.