ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 3 - PERLAKSANAAN



Seksyen 174. Penjualan.

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui perlelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 41 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan di tempat penjualan yang dicadangkan itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.