ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN III - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 56. Pengertian suratcara tentang wakaf atau nazr

Jika pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana suratcara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujuk perkara itu kepada Mufti bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna dan natijah suratcara atau akuan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Mufti.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.