ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 29. Kerahsiaan.

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam atau mana-mana anggota Majlis apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.