ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 78. Butir-butir mengenai masa, tempat dan orang.

Pertuduhan itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berkenaan dengan masa dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orangnya, jika ada, yang terhadapnya atau barang itu, jika ada, yang berkenaan dengannya ia telah dilakukan sebagaimana mencukupi dengan munasabahnya untuk memberi yang dituduh pengetahuan berkenaan dengan perkara yang ia dituduh.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.