ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 76. Beban membuktikan nyataan yang dikehendaki supaya keterangan boleh diterima.
Beban membuktikan sesuatu nyataan yang perlu dibuktikan membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan lain adalah terletak atas orang yang hendak memberi keterangan itu.
MISALAN
(a)
A hendak membuktikan suatu akuan yang dibuat oleh B semasa B
marad al-maut.
A mestilah membuktikan
marad al-maut
dan kematian B.
(b)
A hendak membuktikan dengan jalan keterangan tak asal tentang kandungan suatu suratan yang telah hilang. A mestilah membuktikan bahawa suratan itu telah hilang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.