ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN



Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.

(1) Tertakluk kepada Hukum Syara', Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syara' dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia
nusyuz, atau enggan dengan tidak berpatutan mentaati kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-

tanpa apa-apa sebab yang sah menurut Hukum Syara'.

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan mentaati kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi
nusyuz.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.