ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 50. Hamil luar nikah.

(1) Seseorang perempuan yang hamil atau melahirkan bayi di luar nikah akibat daripada persetubuhan haram yang dilakukan dengan kerelaannya dan kesedarannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan seorang bayi yang penuh sifat dalam masa enam bulan selepas dia berkahwin hendaklah disifatkan sebagai telah hamil di luar nikah:

Dengan syarat beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi dengan cara syubhah atau dia telah berkahwin atau anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syara' adalah terletak keatas perempuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.