ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 35. Pensubahat.

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan jika ia bersubahat melakukan sesuatu kesalahan, atau bersubahat melakukan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan, sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu.

Huraian 1 - Menyubahati sesuatu perbuatan ditinggalkan dengan menyalahi undang-undang boleh terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun pensubahat itu sendiri tidak terpaksa melakukan perbuatan itu.

Huraian 2 - Bagi menjadikan kesalahan subahat, maka tidaklah perlu bahawa perbuatan yang disubahati itu dilakukan atau bahawa kejadian yang cukup bagi menjadikan kesalahan itu disebabkan.

MISALAN
Huraian 3 - Tidaklah perlu orang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan, atau ia mempunyai niat atau pengetahuan pensubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau pengetahuan yang salah.

MISALAN
Huraian 4 - Oleh kerana menyubahati sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahati subahat itu adalah juga suatu kesalahan.

MISALAN

A, menghasut B supaya menghasut C membunuh Z. B, oleh yang demikian, menghasut C supaya membunuh Z, dan C melakukan kesalahan itu oleh sebab hasutan B. B boleh diseksa kerana kesalahannya dengan seksaan bagi kesalahan membunuh orang; dan oleh kerana A telah menghasut B melakukan kesalahan itu maka A juga bolehlah dikenakan seksaan yang sama.

Huraian 5 - Tidaklah perlu bagi melakukan kesalahan subahat dengan jalan pakatjahat bahawa pensubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Adalah memadai jika ia mengambil bahagian dalam pakatjahat itu dan kesalahan itu dilakukan pada menurut pakatjahat itu.

MISALAN

A menyertai B dalam suatu rancangan untuk meracun Z. Adalah dipersetujui bahawa A hendaklah mengenakan racun itu. B kemudiannya menghuraikan rancangan itu kepada C dengan menyebut bahawa seorang lain akan mengenakan racun itu, tetapi tidak menyebut nama A. .C bersetuju mendapatkan racun itu, lalu mendapatkan dan menyerahkannya kepada B supaya digunakan secara yang telah dihuraikan itu. A mengenakan racun itu; Z mati akibatnya. Di sini, walaupun A dan C tidak berpakatjahat bersama-sama, akan tetapi C telah mengambil bahagian dalam pakatjahat itu yang pada menurutnya Z telah dibunuh. Oleh sebab itu, C telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini, dan bolehlah dikenakan seksaan bagi kesalahan membunuh orang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.