ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 151. Kebenaran untuk pihak-pihak hadir.

Mana-mana pihak tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada oleh dirinya atau oleh peguam, di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah sewaktu menjalankan kuasa penyemakannya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasanya mendengar mana-mana pihak, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh peguam dan tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh subseksyen (2) daripada seksyen yang terdahulu daripada seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.