ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.
Fakta boleh menjadi qarinah-
(a) jika ia tak konsisten dengan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan;
(b) jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan wujudnya atau tak wujudnya sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan itu amat mungkin atau amat tak mungkin;
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada
A
melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di lpoh adalah qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu
A
berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak mungkin, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, adalah qarinah.
(b) Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa hingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh
A, B, C
atau
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh
B, C
atau
D
, adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.