ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 150. Kuasa untuk memerintah penyiasatan lanjut.

(1) Selepas memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen terdahulu, atau dengan jalan lain Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah mengarahkan Kadi untuk membuat, dan Kadi hendaklah membuat penyiasatan lanjut terhadap mana-mana aduan yang telah ditolak di bawah seksyen 75.

(2) Sesuatu perintah yang membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh tidaklah boleh dibuat melainkan dia diberi hak untuk didengar sama ada olehnya sendiri atau oleh peguam, dalam membela dirinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.