ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 23. Kesalahan dan penalti.


Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan, dan, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya, dan mengenai kesalahan yang berterusan boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi RM 100 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.